Bahan-Bahan:
BAHAN :
A.
1 kg Isi Ikan Tengiri/Titir - dihiris
5 ulas bawang merah dihirs halus
2 inc halia muda dihiris halus
5 inci peria dihiris halus dan dibubuh garam dan dicuci
2 biji cili merah besar dihiris halus
Biji bambangan diparut dan dikeringkan
B.
1 cawam Air limau nipis
Garam secukup rasa
Cara:
Cara Cara
Bahan A dan B digaul bersama dan disimpan dalam peti sejuk sehingga dimakan.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan dengan Nasi Putih panas dan sambal belacan.
Tambahan:
Lauk ini biasanya terdapat di Negeri Sabah dan sungguh popular dikalangan masyarakat kadazan-dusun. Tetapi hari ini, makanan traditional ini mendapat tempat di hotel hotel bertaraf lima bintang.
Rugi jika tidak merasa makanan tradisi ini.
HINAVA SADA (Salad Ikan)
Gulai tempoyak ikan Patin/Baung Perak
Bahan-Bahan:
Ikan Patin atau Baung
Tempoyak, dari durian baru
Serai 3 batang
Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
Daun Kesom 5 tangkai
Kunyit hidup atau serbok
Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk
Garam
gula
Air 2 gelas besar.
Cara:
Satu masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Pah saya kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.
Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama
setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.
Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.
Cadangan Hidangan:
Gulai ikan Patin/Baung sedap dimakan dengan
nasi. Makanlah dengan nasi sahaja atau lebih sedap dengan ikan kering. Itu sshaja. Cubalah saya pasti inilah gulai ikan masak tempoyak yang paling sedap!
Gulai Ikan Sembilang
Bahan-Bahan:
300 gm ikan sembilang
½ biji kelapa
8 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang daun kesum
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Cara:
Bersihkan ikan dan potong setebal 3.5 cm. Gaulkan dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dan toskan. Tumbuk 3 labu bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Gaul dengan rempah kari dan serbuk jintan putih. Mayang 5 labu bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Panaskan minyak dalam periuk atau belanga tanah dan tumiskan bawang. Apabila kuning masukkan rempah bersama air. Kacau hingga garing dan berbau wangi. Setelah pecah minyak masukkan santan. Kacau rata-rata. Masukkan ikan, garam dan daun kesum. Apabila mendidih masukkan air asam jawa. Kacau selama 2 minit dan angkat.
Gulai Ikan Patin
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin (sederhana besar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1-2 sudu rempah kari ikan
3 sudu besar air asam jawa
3 biji cili hijau
pucuk ubi kayu (dicelur)
garam secukup rasa
Bahan utk membersih ikan:
Tepung gandum
Air asam jawa
Bahan utk dikisar:
1 ulas bawang putih
3 biji cili kering
5 ulas bawang merah
½ inci kunyit
2 hirisan lengkuas
Cara:
Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan dengan tepund gandum, selepas seminit rendamkan ikan yang dilumur tadi didalam air asam jawa. Selepas 5 minit bilas ikan tersebut hingga bersih dan toskan. Kemudian masukkan ikan bersama bahan yang dikisar, rempah kari dan air asam jawa kedalam periuk. Renihkan sekejap dengan api yang perlahan, setelah air dari ikan tadi hampir kering masukkan santan, garam serta daun ubi (waktu masukkan santan bolehlah dibesarka api). Biarkan mendidih baru diangkat.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan waktu panas-panas bersama nasi
Asam Ikan Talapia
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan talapia
Bahan B
1 biji bawang besar - dimayang
1 inci halia - dihiris
2 biji lada besar - dihiris
1 biji limau nipis
Cara:
Panaskan kukusan,masukkan ikan ke dalam loyang,taburkan bahan-bahan B, taburkan juga sedikit garam dan bahan perasa,kukuskan sehingga masak.Perahkan asam limau sebelum makan.
'Assam Steam' Fish
Bahan-Bahan:
Bahan A - ditumbuk lumat
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
sedikit belacan (jika suka)
3 sudu besar cili boh
1 ½ cawan air asam jawa
garam & minyak untuk menumis
2 atau 3 keping ikan (siakap/tenggiri/merah)
Cara:
Pijar minyak dalam kuali/frying pan.
Tumis bahan A dan cili boh hingga naik bau dan cili masak
Masukkan air asam jawa, garam & ikan.
Besarkan api, tutup kuali/frying pan dengan tudung periuk hingga kuah pekat seakan sambal.
Hidang.