Bahan-Bahan:
150 gm beras (1 cawan)
1350 ml air (5 ½ cawan)
8 keping besar halia
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
150 gm daging (dicincang)
1 cawan isi udang
1 cawan isi sotong
1 cawan santan daripada ½ biji kelapa
Garam secukupnya Bahan-bahan ditabur:
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Cara:
Rebus beras bersama air, halia dan lada hitam hingga beras separuh kembung. Masukkan daging & kacau sekali-sekala supaya bubur tidak berkerak. Setelah daging empuk, masukkan udang, sotong dan santan. Kacau rata. Apabila bubur hampir pekat, masukkan garam. Kacau dan angkat. Ketika menghidang panas-panas, tabur daun bawang dan bawang goreng
Bubur Berlauk
Bubur Ayam
Bahan-Bahan:
Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
Air
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Cara:
Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.
Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan) Bubur sedia dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Untuk 2 atau 3 hidangan
Tambahan:
Enak di hidangkan dengan telur masin.
Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan. Selamat mencuba!
Bubur Asyura
Bahan-Bahan:
1 kg beras
200gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang 500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air
Cara:
1.masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.
2.masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang
3.masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi
Cadangan Hidangan:
4.masukkan gula melaka dan gula
5.akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat
6.sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.
Bubur Aneka Warna
Bahan-Bahan:
150 gm tepung pulut
300 ml santan cair
100 gm gula pasir
30 gm sagu biji
55 ml santan cair 1 helai daun pandan
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh pewarna ungu
1 sudu teh pewarna merah
Cara:
Uli tepung pulut bersama santan cair. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian hendaklah diwarnakan dengan satu warna. Gentel bulat-bulat dan kemudian rebus untuk jangka masa 3-4 minit. Kemudian angkat dan simpan dalam peti sejuk. Sementara itu, masak santan bersama daun pandan, gula dan sagu biji. Kemudian tunggu sehingga biji sagu menjadi jernih dan masukkan adunan tepung pulut yang telah direbus tadi.
Bubur Aneka Cendawan
Bahan-Bahan:
225 gm beras
1750 ml air
1 ekor ikan kembung (direbus)
6-10 biji lada hitam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar minyak 3 sm halia (dimayang)
150 gm cendawan butang
100 gm cendawan hitam
100 gm cendawan tiram
2 camca besar minyak bijan
2 camca santan pekat
Garam secukup rasa
Cara:
Masak beras bersama air. Tumbuk isi ikan bersama lada hitam, bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak, tumis halia dan masukkan semua cendawan yang dipotong nipis. Apabila masak, masukkan minyak bijan dan ketepikan. Apabila beras cukup kembang & air hampir kering, masukkan campuran isi ikan & santan. Kacau selalu hingga menggelegak.
Akhir sekali masukkan cendawan goreng & kacau rata. Sewaktu bubur dihidang, taburkan daun bawang, cili merah & bawang goreng. Hidang untuk 4-6 orang.
Bubur Lambuk Segera
Bahan-Bahan:
Beras 1 pot
secubit halba
segenggam udang kering
garam secukup rasa
daun kunyit
bawang putih hiris
lobak merah potong dadu (jika rajin dan suka)
Bawang goreng (jika suka)
secubit serbuk lada putih
santan
daun sup
Cara:
-masukkan beras, bawang, udang kering, haba, daun kunyit, lobak merah ke dalam periuk yang berisi air dan rebus sehingga mendidih
- masukkan santan, bawang goreng, serbuk lada putih, daun sup
-masak dalam lima minit, tutup api.
Cadangan Hidangan:
-taburkan cili merah hiris
Tambahan:
-terlalu senang untuk di masak.
-cuba yang original resepi dan kemudian boleh banding kelainan rasa untuk tambahan-tambahan lain
-jika suka boleh tambah ayam atau daging hiris atau kedua-duanya sekali
- boleh juga dimasukkan kacang peas untuk kelainan rasa
-sekiranya ada kuah sup lebihan makan sebelumnya, cuma tambah sahaja bahan-bahan dan tambah air jika perlu untuk rasa yang berbeza