Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
Gula secukup rasa
Sedikit Baking Powder Sedikit air (lebih kurang ½ cawan)
Minyak untuk menggoreng
Cara:
Gaulkan tepung dengan gula dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga ia menjadi seperti air gula. Kemudian masukkan Baking Powder. Gaul selama beberapa minit dan goreng.
Cucur Manis
Coleslaw
Bahan-Bahan:
Kobis bulat (banyak ikut suka)
Lobak merah (sedikit sahaja)
Sos coleslaw (ada dijual dikedai)
Cara:
Cincang kobis halus - halus, kuantiti ikut selera anda.
Cincang lobak merah halus - halus, kuantiti agak - agak le - sebab untuk dibuat penyeri coleslaw anda je.
Gaulkan kedua - duanya sekali dan tambahkan sos coleslaw dengan kuantiti mengikut selera anda.
Siap untuk dimakan.
Cadangan Hidangan:
Terpulang kepada imaginasi anda.
Tambahan:
Lobak merah tu, kalu nak hiris kasar sikit pun takpa la, ikut selera anda..tapi kalau nak serupa makam kat KFC, cincang le halus-halus
Cekodok Kentang/Bawang
Bahan-Bahan:
a. 500g tepung gandum
b. 300g kentang dipotong dadu
c. 1 ulas bawang besar dimayang halus
d. 50g ikan bilis ditumbuk
e. 1 butir telur ayam
f. 30g daun sop
g. 30g daun bawang
h. sedikit garam
i. secawan air
Cara:
a. Masukkan tepung, telur, air, garam, bawang dan ikan bilis. Gaul sehingga rata. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
b. Masukkan daun sop, daun bawang, kentang. Kacau sehingga sebati.
c. Panaskan minyak dlm kuali. Gorenglah seperti cekodok biasa.
d. Selamat mencuba...
Cadangan Hidangan:
5 orang
Tambahan:
Boleh ditambah dengan udang yang telah digoreng terlebih dahulu.
Cakoi
Bahan-Bahan:
1 kg self rising flour
11g Instant Yeast
2 ½ cups water
½ cup sugar (diluted in water)
½ cup oil
½ teaspoon of bicarbonate of soda
1 tablespoon of garlic granules/powder (if desired for added flavour)
Salt to taste
Cara:
Mix ingredient into a dough. Water can be reduced depending on the consistency of the dough since flour comes in different quality. Leave dough for 20 - 30 mins in a container covered with moist cloth. Heat up enough oil in a wok for deep frying. Cut the dough into strips of 1" x 5". Join 2 strips together, one on top of the other and press the two strips together lengthwise using a oiled chopstick. Stretch the dough and fry in the hot oil until golden brown. Repeat the process with the rest of the dough strips.
Cadangan Hidangan:
Split cakoi with knife in the middle and spread with seri kaya and butter.
Tambahan:
Cakoi is another name for the Chinese 'Yu Tiao'. You can eat it as suggested for tea time or use it as one of the main added ingredient for Chinese congee.
Begedil Ayam
Bahan-Bahan:
1 kg ubi kentang (di kupas kulit)
300 gm daging ayam (dicincang halus)
20 gm jintan putih
20 gm jintan manis
20 gm lada sulah
50 gm bawang goreng (paket)
2 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 tangkai cili hijau (dihiris halus)
4 batang daun bawang (ihiris halus)
3 biji telur (dipukul kembang)
100 gm tepung kentang(potatoe Starch)
sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri)
Untuk menumis:
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit minyak zaitun
Minyak masak untuk menggoreng kentang
Cara:
Potong kentang berukuran 1/2 cm. Panaskan minyak selama 15 minit diatas dapur. Setelah itu bolehlah dimasukkan kentang. Goreng sehingga kekuningan dan empuk. Setelah masak, boleh di tapis minyaknya. Kentang hendaklah di tumbuk sehingga lumat. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih setelah kuali panas.Masukkan lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga daging ayam masak. Bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sehigga sebati.
Kemudian masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kentang yang sudah ditumbuk. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan daun bawang bersama dengan bawang goreng. Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan tepung kentang(potatoe starch)dan gaul semula.
Kepal dan bentukkan kentang menjadi bulat dan leper mengikut pilihan anda.Mahu yang besar atau kecil bentuknya.
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan begitu sahaja.... ataupun bersama dengan nasi atau dengan mee soto. Pastinya hingga menjilat jari. Enak sungguh............ cubalah......
Tambahan:
Daging ayam di ambil dari bahagian dada kerana isinya yang lembut dan mudah dihiris
Tepung kentang digunakan untuk mengepal kentang supaya senang dibentuk.
Bebola Ayam Tauhu
Bahan-Bahan:
2 keping dada ayam
4 keping tauhu
2 biji cili merah (cincang)
daun sup
daun bawang
2 biji telur
tepung gorengan serbaguna/tepung goreng ayam
serbuk lada sulah
garam
Cara:
1. tauhu dilecek dan dada ayam dicincang
2. campurkan semua bahan kecuali telur dan tepung
3. bulat² kan adunan, celup dlm telur ,salut dengan tepung dan goreng sehingga kekuningan.
4. kalau rasa agak leceh.. telur boleh digaul sekali dengan adunan.
5. sedap dimakan panas².
Tambahan:
sedap dan mudah disediakan
Acar Sarawak
Bahan-Bahan:
2 biji timun
1 biji lobak merah
2 biji cili merah
2 ulas bawang merah (potong nipis)
4 sm halia (potong kecil2 memanjang)
½ cawan udang kering (rendam dan ditumbuk halus)
1 cawan kacang tanah(goreng tanpa minyak, dibuang kulitnya kemudian ditumbuk halus)
4 sudu makan bijan yang telah digoreng tanpa minyak
5 sudu makan gula pasir (ikut rasa)
2 sudu teh garam
1 botol kecil cuka
20 keping lobak masin (potong nipis)
Cara:
Timun, lobak merah, cili merah dipotong 4 sm dan potong kecil2 memanjang.
Kemudian masukkan bawang merah, halia, udang kering, kacang tanah, bijan, garam, lobak masin dan cuka gaul rata-rata.
Akhir sekali baru masukkan gula.
Cadangan Hidangan:
Enak jika dihidang bersama nasi ayam ataupun dimakan dengan nasi putih sahaja
Tambahan:
Peringatan: Gula hendaklah dimasuk paling akhir, mengelakkan acar menjadi layu.